KEMPEN BOIKOT ZIONIS


| View Show | Create Your Own


SYAHID IDAMANKU....!!!

 
Wednesday, June 06, 2007,12:09 AM
Allahu Akhbar!!! Pemandu Muslim enggan ambil penumpang bawa arak

Mereka sanggup kehilanggan beberapa dollar Amerika dan menghadapi risiko kehilangan pekerjaan demi mempertahankan prinsip dan akidah Islam yang menuntut mereka mencari rezeki yang halal. Mereka yakin pada Allah dan berjuang dalam erti kata yang sebenar walaupun diancam oleh pihak berkuasa dan dikecam oleh masyarakat.

Bagaimana Kerajaan Malaysia yang masih membenarkan kilang-kilang arak beroperasi dinegara kita...Pak Lah patut malu pada orang Somalia di Amerika ini!!!

Petikan Berita Harian

MINNEAPOLIS: Segelintir pemandu teksi Muslim di sini, kebanyakannya dari Somalia mencetuskan kemarahan pihak berkuasa lapangan terbang kerana enggan mengambil penumpang yang membawa alkohol.

Pemandu terbabit kebanyakannya rakyat Somalia, didakwa enggan melayan beribu-ribu penumpang bARAT tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-St Paul sejak 2002.

Mereka juga enggan mengambil beberapa penumpang di dalam bandar yang membawa sebotol wain atau minuman keras bersama barang runcit ke rumah.

Kebanyakan penumpang berjaya mendapatkan teksi lain tetapi selebihnya ditinggalkan di tepi jalan apabila pemandu terbabit menyedari di pertengahan jalan penumpang membawa arak dalam barang penumpang.

Dengan hampir 50,000 pelarian Somalia, Minnesota dengan pantas menjadi medan ujian terhadap isu pengasingan termasuk juruwang stor Islam yang meradang dan enggan mengimbas daging khinzir di kaunter keluar.

Peratusan besar pemandu teksi terdiri daripada rakyat Somalia menjadikan industri itu medan kilat untuk perbezaan budaya.

Steve Wareham, pengarah di lapangan terbang itu berkata, aliran masuk rakyat Somalia sejak 1990-an kebanyakannya beragama Islam menjadikan pihak berkuasa lapangan terbang sebagai jajahan tanpa sewa.

“Adalah unik kita tidak menjumpai masalah ini di lapangan terbang lain atau bandar lain di dunia,” kata Wareham.

Selama beberapa tahun pemandu teksi yang enggan mengambil penumpang di lapangan terbang hilang hak mereka.

Lapangan terbang itu cuba berunding untuk satu sistem lebih baik dua tahun lalu berikutan peningkatan aduan penumpang.

Kira-kira setahun lalu, sekumpulan imam tempatan mengeluarkan fatwa rasmi yang menggelar arak adalah ‘ibu segala kejahatan’ dan memberitahu pemandu teksi tidak dibenarkan membawa penumpang dengan alkohol kerana mereka turut berdosa melakukannya.

Ketika sesetengah pemandu teksi mengabaikan fatwa itu, yang lain berwaspada.

Seorang wanita yang sakit dan bapanya mengadu kira-kira tiga pemandu teksi enggan membawa mereka selepas seorang imam menemui sebuah kotak ditanda wain California di antara bagasi mereka dan memberitahu pemandu.

Pada 11 Mei lalu, pihak lapangan terbang mengenakan hukuman keras terhadap pemandu teksi yang enggan mengambil penumpang.

Hukuman pertama ialah penggantungan lesen pemandu selama sebulan dan dilarang beroperasi di lapangan terbang dan selepas itu lesen ditarik balik selama dua tahun.

Keputusan itu mencetus kemarahan dan ugutan dari segi tindakan undang-undang.

“Ia menyebabkan hidup kami amat sukar. Ramai marah dengan tindakan itu,” kata Abdinoor Ahmed Dolal, pelarian Kenya berusia 32 tahun dan jurucakap kebanyakan pemandu teksi Islam.
 
posted by Abdul Hakim Mat
Permalink ¤