KEMPEN BOIKOT ZIONIS


| View Show | Create Your Own


SYAHID IDAMANKU....!!!

 
Friday, March 30, 2007,4:50 PM
Adab Membaca Al-Quran Tajaan Islam Hadhari

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Yang Lebih jelas

Lihatlah betapa jahilnya umat Islam masa kini, yang tidak memikirkan persoalan dosa pahala dan juga halal dan haram dalam kehidupan mereka. Apa yang anda saksikan adalah satu contoh akhlak Islamiah yang ingin diterapkan ke dalam minda masyarakat umat Islam di Malaysia oleh rejim Islam Hadhari. Na'uuzubillah...!!!

Islam mengajar kita supaya beradab ketika membaca kitab suci al-Quran, berada dalam keadaan bersih dari segala hadas, menutup aurat dan membacanya dengan betul dari segi tajwid dan sebutannya. Jika kita membacanya dalam keadaan sebaliknya, nescaya al-Quran akan mengutuk balik orang yang membacanya tadi. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci" (al-waqi'ah : 79)


Berdasarkan gambar yang anda lihat adakah si pembaca menepati ciri-ciri seseorang yang beradab ketika membaca al-Quran.....Fikir-fikirkanlah sahabat2 sekalian...!!!

Al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam, ia mengandungi segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia di alam ini. Samada persoalan hukum hakam, dosa pahala dan juga halal dan haram. Umat Islam kini hanya tahu membaca sahaja tetapi tidak mahu mentadabbur isinya. Pemakaian si pembaca di dalam gambar di atas seolah-olah mempersendakan hukum hakam yang terkandung di dalam al-Quran. SEDARLAH WAHAI UMAT.....!!!!


 
posted by Abdul Hakim Mat
Permalink ยค